Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, menafikan khabar angin kelab itu akan dirombak secara besar-besaran selepas aksi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Menurutnya, pengurusan skuad Gergasi Merah itu masih mempercayai kemampuan pengendali pasukan, Mohd Nidzam Jamil, dan barisan pemain untuk menghadapi saingan musim ini.
Malah, dia menyifatkan Selangor masih berada dalam pemburuan Piala FA selain Liga Super juga masih panjang untuk membolehkan pasukan memperbaiki segala kelemahan yang ada.
"Pasukan sedang fokus untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam setiap perlawanan. Untuk setakat ini, memang keputusan beberapa perlawanan tidak memuaskan.
"Tetapi, saingan masih panjang, terutama liga baru bermula, dan kami masih dalam saingan Piala FA. Pihak pengurusan, kejurulatihan dan pemain sering berbincang bagaimana untuk memperbaiki prestasi pasukan.
"Saya percaya pasukan akan menjadi lebih baik. Kami masih percaya kepada coach Nidzam dan pemain. Kami akan cuba dapatkan rentak kembali," katanya.
Prestasi Selangor dalam beberapa perlawanan terakhir, terutama ketika bertandang ke laman lawan, agak tidak memuaskan selepas tewas dalam semua perlawanan.
Skuad gergasi Lembah Klang itu tewas kepada Kuching City dalam perlawanan Piala FA di Stadium Negeri Sarawak sebelum bangkit di laman sendiri untuk mara ke separuh akhir.
Mereka turut mempamerkan persembahan kurang meyakinkan tunduk kepada Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dalam aksi Liga Super minggu lalu.
Selain itu, Selangor juga berdepan tugas sukar untuk melakar kebangkitan dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala FA selepas tewas 2-3 kepada Terengganu FC di Kuala Terengganu.
Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan peminat yang mendesak agar perubahan dilakukan, termasuk mencari pengendali baru untuk membimbing pasukan itu.
--Sinar Harian