Skip to main content

Bola Sepak

Selangor dedah punca kemenangan

selangor.jpg
Gol awal jadi 'turning point'

Itu diakui jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe dan rakan sejawatnya Yusri Che Lah dalam pertemuan Selangor FC menentang Perak FC yang berkesudahan 4-0 memihak Selangor di Stadium MBPJ pada Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus kekal meletakkan Selangor di landasan tepat untuk pemburuan ke pentas Asia selaku naib juara Liga Super musim ini.




" Yang first gol kita dapat itu sedikit sebanyak memberi kita keyakinan untuk mendapatkan gol yang seterusnya. Tapi apa yang penting kita kena fokus kepada perlawanan seterusnya, kita perlu tahu kedudukan kita yang terbaik untuk mara ke peringkat AFC, kata Cheng Hoe kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainai Azam.

Terdahulu, Selangor yang kembali beraksi selepas dua bulan berehat garang dengan gol pendahuluan Shahrul Nazeem seawal minit ketiga.

Tuan rumah kemudian berjaya menggandakan kelebihan hasil jaringan Mukhairi Ajmal pada minit ke-33 untuk kedudukan 2-0 tamat babak pertama.

Babak kedua, anak buah Cheng Hoe berjaya menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi Yohandry Orozco pada minit ke-77 dan Ayron Del Valle tiga minit berselang.

Kedudukan kekal 4-0 sehingga wisel penamat dan kekalahan ini sememangnya mengundang rasa kecewa kem Perak yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan masalah kesihatan.

"Macam saya katakan, selepas ketinggalan kami cuba lakukan serangan, tapi sayangnya dikecewakan dengan serang balas Selangor yang terlampau laju. Di tambah pula dengan keupayaan pemain saya yang berada di tahap yang lebih rendah, ujar Yusri.

 

Advertisement

Must Watch Video