Pengendali Selangor, P. Maniam, berdepan kesukaran dalam menentukan siapa pemain import yang perlu digugurkan andai Andik Vermasyah kembali membarisi skuad Gergasi Merah Kuning dalam jendela perpindahan kedua nanti.
Andik sebelum ini diketepikan Selangor berikutan kecederaan lutut semasa kempen Piala Suzuki AFF 2016.
Begitupun, dia masih mempunyai kontrak bersama skuad Selangor sehingga penghujung musim ini dan semakin beransur pulih.
Pemain antarabangsa Indonesia itu dijangka kembali menyertai sesi latihan Selangor dalam sedikit masa lagi.
"Andik masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi.
"Dia akan menyertai latihan bersama kami dalam tempoh satu atau dua minggu lagi dan kami mahu memantau perkembangannya terlebih dahulu, kemudian barulah kami akan membuat keputusan," ujarnya.
Kekosongan Andik diisi pemain Timor Leste, Juliano Mineiro, yang semakin menemui rentak bersama Selangor dengan lima jaringan dalam enam perlawanan terakhir.
Secara tidak langsung, ia menyaksikan sama ada Francis Forkey Doe mahupun Victor Astafei berdepan kemungkinan diketepikan andai Maniam ingin mengambil semula Andik dalam perancangannya.
"Miniero sedang beraksi baik, malah Victor pun bekerja keras serta dua lagi pemain, Forkey Doe dan (Ugo) Ukah turut tampil cemerlang.
"Saya berharap dapat berbincang dengan pengurusan mengenai khidmat pemain-pemain import. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, kami akan membuat keputusan."