Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersetuju dengan pandangan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, sebelum ini mengenai pengurusan pasukan mengikut kemampuan kewangan.
Dia turut mengharapkan agar pengurusan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat mencari jalan penyelesaian dalam memberikan solusi kepada pasukan yang bergelut dengan isu itu.
"Semestinya saya setuju dengan pandangan TMJ yang mengatakan menguruskan pasukan itu mengikut kemampuan, kita perlu cari bagaimana bantuan boleh diberikan kepada pasukan tertentu supaya mereka ada keperluan asas untuk letakkan pasukan dalam liga.
"Saya harap pihak kepimpinan baru FAM Bersama MFL boleh memikirkan sesuatu." katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Terdahulu, pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan pandangan agar pasukan bola sepak wajar ditadbir oleh individu yang 'minat dan faham' akan sesebuah pasukan itu sendiri.
Ini susulan masalah kestabilan kewangan dalam pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M), selain mencadangkan perbelanjaan secara berhemah seperti dilakukan pasukan Kuching City dan Selangor.
"Apa susah? Bayar gaji, dan jangan belanja lebih daripada kemampuan. Cari orang yang minat dan faham bola menguruskan club bolasepak. Belanja secara berhemah. Contohi Kuching FC dan Selangor FC," katanya menerusi laman X, hari ini.

"Saya setuju dengan pandangan TMJ..." - Khairy Jamaluddin
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) May 17, 2025
Ini susulan situasi masalah kewangan yang kritikal terjadi ketika ini kepada beberapa kelab Liga Super ?@ASTROARENA pic.twitter.com/6stW6wuh8C