Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memuji komitmen penuh yang dipamerkan pemain Malaysian Abroad yang berkorban untuk membantu kem negara.
Ini susulann terdapat pemain yang sanggup meninggalkan keluarga selain menempuh perjalanan jauh untuk membantu skuad kebangsaan terus menghidupkan misi melayakkkan diri ke pentas Piala Asia 2027.
"Machuca sanggup tinggalkan anaknya yang baru dua hari dilahirkan untuk menyertai kem negara. Holgado pula menempuh perjalanan beribu kilometer dan terpaksa segera pulang ke kelab selepas tamat perlawanan.
"Kalau ini bukan bukti kecintaan kepada Malaysia, saya tidak tahu apa lagi yang dimahukan. Lagipun, Indonesia sudah lama menggunakan pemain naturalisasi, dan Vietnam pun sedang ubah dasar mereka.
"Pemain-pemain ini bermain untuk Malaysia, tidak kira dari mana asal mereka dan mereka perlukan sokongan rakyat Malaysia." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Begitupun, dia turut berkongsikan perasaan kecewa dengan segelintir pihak yang masih mempersoalkan status pemain warisan negara itu seperti tiada titik pengakhiran, selain menegaskan fokusnya adalah bagi aksi akan datang.
"Secara jujur saya penat dan sudah muak. Ia seolah-olah tiada kesudahan walaupun sudah berminggu-minggu sejak kami menewaskan Vietnam. Fokus kami kini adalah kepada perlawanan akan datang, tetapi isu sama masih berulang
"Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk membuktikan kesahihan pemain-pemain ini." tambahnya.
Malaysia akan meneruskan kempen pusingan ketiga, Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos pada Oktober depan, namun kem negara juga bakal diuji Singapura dan Palestin sempena kalendar antarabangsa pada September depan.