Skuad sepak takraw negara dijangka tidak akan berdepan laluan sukar di peringkat awal acara beregu berpasukan Piala Dunia ISTAF di ibu negara bulan depan.
Ini selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Myanmar dalam majlis undian sebentar tadi.
Advertisement
Juara bertahan, Thailand, pula diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina dan Vietnam.
Kumpulan C pula mengumpulkan Korea Selatan, Singapura dan Jepun, manakala Kumpulan D pula diisi Indonesia, China dan Brunei.