Skuad sepaktakraw negara dijangka tidak akan berdepan masalah untuk melepasi pusingan awal acara regu dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF di ibu negara bulan depan.
Ini selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Jepun.
Advertisement
Dalam pada itu, seteru tradisi, Thailand, pula diundi dalam Kumpulan B bersama Iran dan juara bertahan, India.
Kumpulan C pula menghimpunkan Myanmar, Vietnam, China dan Indonesia, manakala Kumpulan D pula dibarisi Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan Brunei.