Skip to main content

Bola Sepak

Saya masih seorang pemain tengah -- Alli

alli-cropped_vfqetbgpbrca1lj7m9ae6u7jj.jpg
Dele Alli menafikan dakwaan bahawa dia mampu beraksi selaku pemain penyerang dan berkata dia tidak berasa selesa untuk beraksi dalam posisi itu.

Gol ke-16 Alli musim ini membawa Spurs membelasah Watford 4-0 minggu lalu.

Bintang England itu menyerlah dalam formasi 3-4-2-1 yang diterapkan pengendali, Mauricio Pochettino, musim ini apabila diberi kebebasan untuk beraksi di belakang penyerang, Harry Kane.

Dengan Kane diketepikan ekoran kecederaan sementara Vincent Janssen masih bergelut mencari sentuhan, ada pihak mencadangkan Alli perlu menggalas tugas selaku pemain penyerang.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu mengakui tidak selesa untuk memainkan peranan itu..

"Saya seorang pemain tengah," Alli memberitahu Sky Sports.

"Beraksi di posisi penyerang bukan satu kebiasaan.

"Saya membesar dengan melihat Steven Gerrard beraksi dan dia memakai jersi no.8, jadi di situlah peranan saya. Tetapi kita beraksi di mana sahaja yang diminta jurulatih.

"Buat masa ini, saya gembira dengan posisi saya.

"Formasi diterapkan ketika ini memberi saya lebih banyak kebebasan bergerak. Tetapi seperti saya katakan, saya masih seorang pemain tengah."

Selepas membuat 63 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris, Alli telah pun meledak 26 gol dan 14 bantuan jaringan.

"Ia satu penghormatan untuk berada dalam kalangan pemain hebat seperti Gerrard, Frank Lampard dan Paul Scholes tetapi masih banyak lagi yang perlu saya capai jika mahu berada setaraf mereka," kata Alli.

Advertisement

Must Watch Video