Skip to main content

Bola Sepak

Saya mahu Messi kekal di Nou Camp -- Laporta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi_1.jpg
Joan Laporta mahu Lionel Messi kekal di Barcelona dan yakin dia mempunyai kelebihan berbanding calon presiden yang lain.

Messi, 33, bakal kehabisan kotrak pada penghujung musim ini, selepas meminta untuk berhijrah pada penghujung musim 2020-21,

Sebelum ini bertindak sebagai presiden antara 2003 dan 2010, Laporta kembali bertanding, dengan pemilihan akan berlangsung pada 24 Januari.

Dia mahu Messi kekal di Barca dan berasakan dia mempunyai kelebihan berbanding calon lain.

"Sekiranya saya memenangi kerusi presiden sekali lagi, , saya ingin membuat cadangan yang sangat kompetitif dan saya mengetahui dia akan mendengar apa yang akan katakan. Saya mahu dia kekal," kata Laporta.

"Saya mempunyai kelebihan berbanding orang lain, dia tahu saya selalu memenuhi apa yang saya katakan. Kami mempunyai hubungan yang baik, kami saling menghargai dan saling menghormati.

"Sekiranya saya presiden, saya rasa ada pilihan untuk diikuti."
 
 

Advertisement

Must Watch Video