Pemain import kelahiran Albania, Faton Toski, 29, yakin dan lebih bersedia untuk terus menyumbang sesuatu kepada Perak dalam kancah bola sepak Malaysia.
Mengakui mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan taktikal permainan di sini, Toski kini melaungkan keazaman membantu The Bos Gaurus.
"Pada masa awal sahaja, saya bergelut dengan pertukaran zon masa, cuaca dan keadaan permukaan padang. Tetapi setelah empat bulan di sini dengan semangat setia kawan rakan sepasukan, saya kini lebih selesa dan serasi," katanya.
Tambah Toski lagi: "Saya bermula menyepak bola seawal usia empat tahun dan terdedah dengan corak bola sepak Eropah, terutama di Jerman.
"Walaupun di sini (Malaysia) corak bola sepaknya agak berbeza, ia mempunyai matlamat yang sama, anda jaringkan gol anda menang."
Secara berseloroh Toski berkata: "Yang tiada masalah ialah makanan kerana saya memang suka makanan Asia."
Menyentuh pertemuan menentang Kedah dalam saingan liga Rabu depan, Toski yakin ini masa terbaik Perak untuk mencipta sesuatu dan mahu peminat sama-sama hadir memberi sokongan.
"Saya harap kami (Perak) tidak melakukan banyak kesilapan di atas padang kerana jika ini berlaku, saya pasti Kedah tidak akan mempersia-siakannya. Kami tidak mahu tewas dan mahu menang di laman sendiri. Kehadiran penonton mampu menyuntik semangat."