Skip to main content

Bola Sepak

Saya dah bersedia -- Son Heung-min

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son.jpg
Pemain ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Son Heung-min, menegaskan bahawa dia sudah bersedia untuk perlawanan akhir Liga Europa (UEL) pada Khamis pagi selepas kembali tersenarai dalam kesebelasan utama ketika Tottenham Hotspur tewas kepada Aston Villa.

Kekalahan 2-0 di Villa Park itu merupakan kekalahan ke-25 Spurs musim ini dalam ke semua pertandingan yang disertai, sekali gus menyamai rekod mereka pada musim 1991-92.

Son yang muncul sebagai pemain gantian ketika menentang Crystal Palace pada hujung minggu lalu memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain selama 74 minit sebagai persediaan menjelang aksi akhir UEL menentang Manchester United.

"Saya kini dalam keadaan baik, sangat teruja dapat kembali beraksi di padang dan saya sudah bersedia.

 

"Saya akui ia sangat sukar apabila hanya mampu melihat dan tidak dapat bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Eintracht Frankfurt dab Bodo/Glimt pada saingan suka akhir serta separuh akhir kejuaraan ini.

"Saya turut tumpang gembira melihat mereka meraikan kemenangan kerana mereka sememangnya layak. 

"Namun misi masih belum selesai, saya percaya kita mampu lakukan sehabis baik pada perlawanan akhir nanti," katanya. 

Perlawanan akhir UEL akan menjadi penyelamat Spurs sekiranya merangkul kejuaraan selepas mengharungi musim EPL yang suram selain berada di tangga ke-17 dengan berbaki satu perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video