BOLA SEPAK
Saya bertanggungjawab Atletico tewas -- Simeone
Diego Simeone bertanggungjawab ke atas kekalahan Atletico Madrid di tangan Real Madrid dalam aksi LaLiga awal pagi tadi.
Rekod 26 perlawanan tanpa kalahan Atletico dalam saingan liga berakhir selepas tandukan Casemiro dan jaringan sendiri Jan Oblak di Estadio Alfredo Di Stefano.
Jurulatih Atletico, Simeone, bertanggung jawab atas kekalahan itu, walaupun pasukannya tetap berada di kedudukan teratas.
Iklan
"Saya telah memilih pendekatan yang salah untuk perlawanan ini," katanya kepada Movistar+, menerusi AS.
"Saya telah cuba untuk mengubah sesuatu namun tidak berhasil."
Atletico gagal menghasilkan sebarang percubaan dalam separuh masa pertama dalam perlawanan LaLiga dan kali kedua di bawah kendalian Simeone.
Simeone mengatakan Real berhak mendapat pujian atas persembahan yang merapatkan kedudukan kepada tiga mata dengan Atletico, yang juga memiliki kelebihan satu perlawanan.⏱ 90'+ | #RealMadridAtleti 2⃣-0️⃣⏹ FT at the Di Stéfano. pic.twitter.com/OscpRH0DR8— Atlético de Madrid (@atletienglish) December 12, 2020
"Mereka telah berusaha sebaik mungkin, pasukan tidak tewas untuk masa yang panjang dan satu hari ia akan berlaku.
"Apabila sebuah pasukan beraksi cemerlang, kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka."
Atletico bertemu Cardassar dalam Copa del Rey Rabu ini sebelum menerima kunjungan Elche tiga hari kemudian.
Must-Watch Video