Skip to main content

Bola Sepak

Saya akan rindu lihat Pan-gon setiap kali Harimau Malaya beraksi -- Hannah Yeoh

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berasakan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, telah banyak menyumbangkan jasa dan khidmat buat arena sukan bola sepak negara.

Dia menjadi inspirasi buat golongan muda untuk terus mengejar cita-cita berdasarkan keupayaan memimpin pasukan sama ada ketika beraksi di atas padang mahupun dalam bilik persalinan.

"Kim Pan-gon telah banyak membantu meningkatkan nama Harimau Malaya kita. Dalam tempoh 19 bulan saya mengenalinya dia menjadi pendorong buat bola sepak Malaysia. Setiap kali berucap, dia akan mendapat perhatian.






"Bukan peminat bola sepak juga akan bercakap mengenai Harimau Malaya, Dia telah membantu merealisasikan impian penyokong dan segala kemungkinan yang dicapai memberi inspirasi kepada golongan muda.

"Walaupun saya berasa sedih kerana tugasnya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan telah berakhir, saya pasti persahabatan yang sudah terjalin akan terus bersambung. 

"Saya akan rindu melihatnya di atas padang setiap kali Harimau Malaya beraksi." katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video