Selepas kalah 1-2 kepada Melaka United, ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, mahu anak buahnya kembali bangkit mencari kemenangan apabila bertemu musuh tradisi, Terengganu FC (TFC), dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
Katanya, kemenangan ke atas Terengganu cukup penting bagi mengembalikan keyakinan pemain untuk mengharungi saingan Liga Super yang cukup mencabar ini.
“Kami sudah lupakan kekalahan di Stadium Hang Jebat dan kini bersedia menghadapi cabaran Terengganu di gelanggang sendiri.
“Biarpun kami tewas dalam aksi pertama, persembahan pemain cukup baik dan saya harap prestasi itu dapat dikekalkan apabila berjumpa Terengganu malam ini,” katanya.
Sathit juga mahukan barisan pertahanannya mengawasi kelincahan penyerang import Terengganu kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre, yang mampu menghancurkan impian The Red Warriors (TRW).
“Dia (Kipre) sudah membuktikan kehebatan apabila menjaringkan dua gol semasa Terengganu seri 2-2 dengan PKNS FC.
“Kami tidak boleh membenarkan dia bergerak bebas dan mungkin ada tugasan istimewa untuk barisan pertahanan merantai penyerang ini,” katanya.
Ditanya kemungkinan beliau kembali menurunkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat, Sathit belum membuat keputusan dan akan berbincang dengan barisan kejurulatihan.
“Saya belum membuat keputusan dan saya tidak akan turunkan pemain yang belum pulih daripada masalah kesihatan atau kecederaan. Rasanya tidak banyak perubahan dalam kesebelasan utama,” katanya.