Selepas gagal mengutip mata penuh di gelanggang sendiri, ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, sekali lagi mengingatkan pemain The Red Warriors (TRW) supaya tidak hilang fokus dan membenarkan lawan menguasai perlawanan dalam aksi ketiga Liga Super menentang Pahang di Stadium Darulmakmur, malam ini.
Ingatan itu mudah difahami apabila TRW melepaskan gol mudah seawal minit pertama kepada Terengganu FC 1 (TFC 1) dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Melaka United ketika kalah 2-1 dalam aksi pembukaan di Stadium Hang Jebat.
“Ingatan yang sama setiap kali menentang pasukan lawan. Jangan hilang fokus sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
“Jangan ulangi kesilapan semasa bertemu Terengganu apabila pertahanan leka dan melepaskan gol mudah seawal minit pertama perlawanan. Jika itu berlaku, kami sukar bangkit dan lawan akan terus menekan,” katanya.
Sathit juga dijangka mengekalkan kesebelasan utama yang beraksi menentang TFC dan menjadikan misi mengutip mata penuh di gelanggang lawan sebagai cabaran utama kepada anak buahnya.
“Kami teruskan perancangan yang telah diatur. Tidak banyak rombakan pemain yang mampu dilakukan akibat kesuntukan masa. Cuma, paling penting adalah terus meniup keyakinan kepada pemain dan harap mereka mampu buat kejutan malam ini,” katanya.
Ditanya mengenai peluang pasukannya menentang Pahang yang juga sedang berusaha gigih memburu kemenangan pertama, Sathit menjelaskan kedua-dua pasukan mengalami nasib yang sama dan pasti menjadikan pertemuan malam ini sebagai aksi terbaik untuk memungut mata penuh.
“Sudah pasti satu perlawanan yang cukup penting (bagi Kelantan) dan saya juga menjangkakan Pahang akan turun dengan semangat baru selepas mengalami kekalahan 1-0 kepada PKNS FC baru-baru ini,” katanya lagi.