ARSENAL 1 LEICESTER CITY 0
Arsene Wenger menegaskan Arsenal perlu terus memberi tumpuan kepada diri mereka sendiri apabila berhasrat untuk menjamin kelayakan Liga Juara-Juara berikutan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.
Gol sendiri Robert Huth -- daripada rembatan baik Nacho Monreal tetapi tersasar -- memberikan Gunners tiga mata penting dan menjadi bukti persembahan hambar di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Sebelum gol nasib itu, jarang berlaku Alexis Sanchez -- segar daripada jaringan pada masa tambahan menentang Manchester City dalam separuh akhir Piala FA -- terlepas jaringan apabila rembatannya menggegarkan palang gol.
Wenger, bagaimanapun, memuji kesabaran pasukannya apabila gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan, dengan mendakwa Arsenal -- yang menghadapi pesaing utara London, Tottenham, selepas ini -- kini mendapat semula momentum setelah meraih kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak Januari.
"Leicester sukar untuk diruntuhkan tetapi kami bersabar dan mereka tidak memberikan apa-apa peluang," kata Wenger, yang pasukannya kini berada empat mata di belakang City di tangga keempat, kepada Sky Sports.
"Kami mencipta beberapa peluang berbahaya. Kami terpaksa memberikan segala-galanya pada Ahad, dengan bermain dalam masa tambahan.
"Setiap kemenangan memberikan anda momentum lebih sedikit. Saya tiada keutamaan untuk aksi jiran tetangga Manchester, kami tidak perlu saksikan lebih aksi pasukan lain.
"Kami hanya perlu tengok diri kami sendiri. Sasarannya adalah jelas untuk kami."
Selepas melalui lima kemenangan daripada lima perlawanan pertama Craig Shakespeare sebagai pengurus Leicester, mereka semakin sukar memperoleh mata dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Penyandang juara itu meraih hanya satu mata daripada tiga pertemuan liga terakhir mereka, dengan hanya enam mata memisahkan Foxes di depan skuad di tangga ke-18, Swansea City.
Dan pengurus sementara, Shakespeare, tahu Leicester mesti meletakkan kekecewaan hari ini di belakang dan kembali kepada rentak kemenangan.
"Kami menunjukkan daya tahan dalam pertahanan kami tetapi kami tidak mendapat sebarang mata untuk ditunjukkan," kata Shakespeare kepada BBC Sport.
"Kami mengehadkan pergerakan mereka dan dihukum dengan rembatan terpesong. Kami kecewa. Kami masih tidak mendapat mata yang cukup dan kami perlu mengumpul lebih banyak lagi."