Skip to main content

Bola Sepak

Sanchez bukan untuk dijual -- Wenger

26417sanchez.jpg
Arsene Wenger berikrar tidak akan menjual Alexis Sanchez ke kelab Liga Perdana Inggeris, dengan pengurus itu yakin bintang Chile berkenaan akan menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal.

Masa depan Sanchez di kelab itu menimbulkan keraguan di sebalik kebuntuan dalam rundingan untuk memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 2018.

Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 28 tahun itu, yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan menentang bekas jurulatihnya, Pep Guardiola, Ahad lalu, dengan Arsenal mara ke perlawanan akhir Piala FA.

Bagaimanapun, Wenger menegaskan tidak akan ada ulangan penghijrahan Robin van Persie ke United apabila bintang Belanda itu beralih dari Stadium Emirates untuk ke Old Trafford pada 2012.

"Saya tidak fikir bahawa anda akan menjualnya kepada mana-mana kelab Liga Perdana, ia pasti. Soalan lanjut, mengapa anda akan menjualnya ke kelab lain (Liga Perdana)? Anda mahu menjadi kuat seperti yang anda mampu, dan tidak mengukuhkan pasukan lain," kata Wenger.

"Saya biarkan Van Persie pergi dalam tahun terakhir kontraknya kerana Van Persie berusia 29, pergi pada usia 30 dan dia telah menandatangani kontrak jangka panjang. Itu tidak sama dengan Alexis. Secara peribadi, saya fikir dia akan menandatangani (kontrak baru) dan kekal di sini.

"Walaupun dia tidak menandatangani kontrak baru, adakah saya akan membuatkan dia kekal? Ya. Saya lebih rela mengekalkannya daripada menjualnya kepada pesaing Liga Perdana Inggeris? Ya.

"Tetapi pertama sekali, dia gembira di sini. Keinginannya adalah untuk kekal. Itulah yang saya sangat percaya.

"Percanggahan lebih menjurus aspek persetujuan, bukan kehendak. Kedua-dua pihak mempunyai keinginan untuk mencapai persetujuan, jadi saya fikir ia akan dimeterai."

Arsenal -- ketujuh dalam liga -- akan menerima kunjungan Leicester City, awal pagi nanti.

Advertisement

Must Watch Video