Alexis Sanchez masih belum bersedia untuk memperkuatkan kesebelasan utama pasukan, kata pengurus Inter Milan, Antonio Conte.
Sanchez hanya tampil sekali selaku pemain gantian dalam Serie A sejak menyertai Inter secara pinjaman daripada Manchester United.
Pemain antarabangsa Chile itu tidak melalui kempen pramusim bersama United akibat kecederaan paha yang dialami ketika Copa America.
Tatkala Inter masih belum mencicirkan mata, Conte tidak terburu-buru untuk meletakkan Sanchez dalam pasukannya.
"Untuk dia, saya memberitahu perkara sama seperti pemain lain," kata Conte menjelang pertemuan dengan Lazio, awal pagi esok.
"Apabila saya melihat pemain bersedia, mereka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
"Saya perlu mendapatkan sesuatu demi kebaikan Inter dan bukan individu," jelasnya.
Tatkala Sanchez melalui permulaan yang perlahan di San Siro, bekas rakan sepasukannya di United, Romelu Lukaku, semakin menyinar.
Bintang Belgium itu telah menyumbat tiga gol daripada empat perlawanan untuk membolehkan The Nerazzurri meraih rekod sempurna.
Conte cuba untuk mendapatkan Lukaku ketika mengendalikan Chelsea tetapi pengendali dari Itali itu memilih untuk tidak bercakap tentang masa lalu.
"Tentang Lukaku, saya sudah katakan apa yang saya fikirkan dan tidak perlu mengulanginya," tambahnya.
"Buat pemain tengah, saya gembira. Selain daripada mereka yang menjaringkan gol, lebih banyak kami hasilkan gol, lebih baik.
"Namun, sebelum ini, ia adalah bahagian yang sentiasa memainkan peranan penting dalam pasukan saya.
"Apabila anda memulakan projek baru, harapan adalah ia kekal lama. Lebih lama anda bersama kelab, lebih banyak idea anda dapat digunakan.
"Sudah tentu dapat kekal lama merupakan satu perkara yang bagus buat jurulatih. Saya tidak pernah mengendalikan sebuah pasukan lebih daripada tiga tahun.
"Ia tidak mudah kerana anda perlu mencari orang yang mampu memberikan sokongan dalam semua perkara."