Skip to main content

Bola Sepak

Salem Al Dawsari muncul Pemain Terbaik Asia AFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salem-al-dawsari,.jpg
Bintang Al Hilal, Salem Al Dawsari, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Asia oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pemain tengah kelab dari Liga Pro Saudi itu mencipta nama bersama Al Hilal dalam kempen Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu. 

Sementara itu, tonggak Bayern Munich, Kim Min-jae, pula menggondol anugerah Pemain Terbaik Antarabangsa Asia dalam satu majlis tahunan di Doha, Qatar, awal pagi tadi, yang ditujukan pemain benua ini yang mempunyai prestasi terbaik di luar negara dalam tempoh semusim. 




Dia menjadi pemain dari Korea Selatan yang menerima penghormatan itu selepas pemenang tiga kali, Son Heung-min, daripada Tottenham Hotspur meraihnya pada 2015, 2017 dan 2019 sementara anugerah berkenaan tidak dipertandingkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19. 

Min-jae, yang membintangi Napoli kejuaraan Serie A musim 2022-23, turut diiktiraf sebagai Pertahanan Terbaik liga Itali sebelum berpindah ke Bayern Munich pada awal musim ini.

Dalam ranking Ballon d'Or tahun ini, dia menduduki tangga ke-22 sebagai satu-satunya pemain Asia untuk berada di samping pemain Argentina, Lionel Messi, yang memenangi penghormatan tertinggi itu buat kali kelapan.

 

Advertisement

Must Watch Video