Skip to main content

Bola Sepak

Salah bantu Mesir muncul pasukan ketiga dari Afrika ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afp_78682yv.jpg
Mesir akhirnya muncul selaku pasukan ketiga zon Afrika yang telah mengesahkan kelayakan untuk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Djibouti.

Dalam aksi yang berlangsung di Casablanca itu Mesir tidak perlu menunggu terlalu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Ibrahim Adel meledakan gol pertama buat Mesir untuk mendahului 1-0 pada minit ke-8.

Mesir yang turut diperkuatkan dengan kehadiran bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah kian selesa selepas itu apabila melebarkan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-14 selepas pemain itu bijak melepasi perangkap offsaid tuan rumah.

Sehinggalah di penghujung perlawanan Salah sekali lagi berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke-84 untuk memastikan Mesir mencatat kemenangan selesa sekaligus 3 lagi mata berharga.

Kemenangan ini menyaksikan Mesir kini di tangga teratas kumpulan A selepas mengumpul 23 mata daripada 9 perlawanan yang diharungi.
 
Palestine

Bersama Dalam Solidariti

Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.


Klik Sini

Advertisement

Must Watch Video