Gareth Bale menegaskan saingan LaLiga "lebih teknikal" berbanding Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bintang Wales itu meninggalkan saingan bola sepak Inggeris apabila menyertai Real Madrid pada 2013 dan ketika itu merupakan rekod perpindahan termahal di dunia.
Dia kini telah memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu tetapi masih belum mengecapi kejuaraan LaLiga.
Segala-galanya bakal berubah musim ini, dengan skuad kendalian Zinedine Zidane kini memiliki jurang tiga mata dan kelebihan satu perlawanan ke atas pencabar terdekat, Barcelona.
"Saingan LaLiga memberikan penekanan terhadap teknikal berbanding EPL," katanya.
"Terlalu banyak permainan hantaran pendek dan ia sekaligus meningkatkan mutu permainan saya.
"Zidane adalah seorang pengurus yang hebat -- bBeliau telah memenangi segala-galanya [sebagai pemain]."
Madrid masih di dalam buruan mempertahankan gelaran UCL yang dimenanginya musim lalu, dengan cabaran seterusnya adalah berdepan Bayern Muninch dalam suku akhir dan Bale mengimpikan dua kejuaraan musim ini.
"Ia akan menjadi satu pencapaian yang menakjubkan, terutama sekali tiada pasukan yang pernah menjuarai UCL dua kali berturut-turut."