Skip to main content

Bola Sepak

Saingan empat penjuru bagus untuk LaLiga, kata Simeone

simeone.jpg
Diego Simeone percaya saingan sengit LaLiga bagus untuk bola sepak Sepanyol sambil menegaskan pasukan pendahulu itu hanya menumpukan perhatian kepada diri mereka sendiri selepas terus ditekan Barcelona dan Real Madrid. 

Barca melepaskan peluang untuk merampas puncak LaLiga semalam apabila tumpas 1-2 dalam kunjungan ke Granada malah pengurus, Ronald Koeman, diperintah keluar padang sebelum jaringan kemenangan Jorge Molina pada minit ke-79.

Ini bermakna Atletico mendahului Real Madrid dan Barca dengan dua mata sementara Sevilla dengan tiga mata tatkala saingan bersisa lima perlawanan lagi.

Atletico akan mengunjungi Elche malam ini disusuli pertembungan Madrid dengan Osasuna. Barca pula berdepan Valencia di Mestalla (awal pagi Isnin) dan Sevilla akan menjadi tuan rumah Athletic Bilbao (awal pagi Selasa).

 


Begitupun, Simeone hanya tertumpu kepada pihaknya dan bukan nasib kelab lain dalam perlumbaan gelaran liga bagi memecah dominasi Barca-Madrid.

"Ini sesuatu yang baru dan bagus untuk bola sepak Sepanyol," katanya dalam sidang media.

"Kemungkinan beberapa pasukan berpeluang untuk muncul juara adalah baik. Kami dalam pertembungan empat penjuru, jadi setiap perlawanan akan menjadi cukup bernilai. 

"Dengan empat pasukan saling bersaing sengit, saya hanya mampu memikirkan perlawanan seterusnya. Percayalah kepada pemain yang sudah menempuhi musim yang sangat baik."

Dalam perkembangan lain, Barca akan merayu hukuman kad merah yang dikenakan terhadap Koeman. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found