Selepas dikecewakan dalam saingan Piala FA, Jumaat lalu, Sabah kini kembali kepada sasaran utama mereka untuk terus kekal beraksi dalam Liga Perdana, musim depan.
Skuad kendalian Jelius Ating itu akan melayan kunjungan PDRM di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini, untuk perlawanan terakhir pusingan pertama liga.
"Sekarang kami kembali kepada sasaran utama, iaitu untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dan kekal beraksi dalam Liga Perdana musim depan.
"Perlawanan malam esok (malam ini) sangat penting dan sudah pasti kami memburu kemenangan untuk mengelak daripada terus menghampiri zon penyingkiran," katanya.
Jurulatih berusia 46 tahun itu juga berharap anak buahnya mampu menterjemahkan persembahan baik sebelum ini untuk meraih kemenangan
"Kerja keras mereka (pemain) menyaksikan kami berjaya memenangi perlawanan menentang Kuantan FA dalam aksi liga sebelum ini dan kami juga mencatat keputusan seri dengan Negeri Sembilan dalam aksi Piala FA walaupun dikecewakan dengan keputusan agregat.
"Kami mahu pemain meneruskan rentak baik ini kerana adalah menjadi matlamat saya untuk melihat pemain terus meningkat dari setiap perlawanan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, semalam.
Dia berkata persiapan pasukannya untuk perlawanan itu berjalan lancar dengan kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan atau digantung perlawanan.
"Saya juga akan terus kekalkan kesebelasan utama sebelum ini, corak permainan mereka semakin meningkat pada setiap perlawanan dan kami harapkan mereka mampu menterjemahkannya kepada kemenangan.
"Agak tidak adil jika saya melakukan rombakan terhadap kesebelasan utama kerana dalam dua perlawanan lalu mereka bermain dengan baik. Bagaimanapun, kami masih mempunyai masa untuk membuat perubahan jika ada pemain yang tercedera," katanya.
Sabah kini berada di tangga kesepuluh dengan tujuh mata hasil daripada dua kemenangan, sekali seri dan tujuh kekalahan.
Bagaimanapun, kedudukan pasukan yang terkenal dengan jolokan Sabah Rhinos itu masih berbahaya dengan dua pasukan lain yang berada di zon penyingkiran, iaitu MISC-MIFA dan Perlis, semakin menghampiri mereka.
MISC-MIFA hanya ketinggalan satu mata di belakang Sabah di kedudukan ke-11 dengan enam mata manakala Perlis yang berada di tangga tercorot kini mengutip lima mata.