Walaupun turun sebagai pasukan 'underdog', Sang Badak akan tetap berjuang habis-habisan untuk memenangi aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Pengendalinya, Jelius Ating, berkata perlawanan itu satu lagi tugas berat buat pasukannya, namun menegaskan bola sepak sukar diramalkan.
"Di atas kertas, Negeri Sembilan memang menjadi pilihan tapi ia bukan semudah itu kerana kami tetap akan bermain habis-habisan untuk memburu kemenangan di Paroi.
"Memang sasaran utama kami ketika ini ialah untuk memastikan Sabah terus kekal dalam Liga Perdana musim depan. Bagaimanapun, kami juga tidak mahu melepaskan peluang ini (beraksi dalam suku akhir Piala FA).
"Alang-alang kami sudah berada dalam suku akhir, kami akan berjuang untuk memenangi perlawanan esok (hari ini) walaupun mungkin sukar tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh berlaku," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.
Bekas pemain berusia 46 tahun itu berkata beliau akan mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utamanya ketika menewaskan Kuantan FA di Stadium Likas, minggu lalu.
"Jika ada perubahan pun, ia tidak banyak, mungkin saya akan merehatkan pemain bek kiri, Jenius Karib, untuk diganti dengan pemain lain kerana dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
"Saya juga mengekalkan keputusan untuk tidak menurunkan Jonathan Behe dan Sofiane Choubani, namun saya yakin pemain tempatan mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan mereka," katanya.
Dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas pada 1 April lalu, skuad Jang berjaya menundukkan Sabah 1-0, sekali gus memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan untuk aksi kedua malam ini.
Selain perlawanan Piala FA, kedua-dua pasukan ini juga telah bertembung dalam aksi liga pada 20 Januari lalu di Paroi, yang berakhir dengan keputusan memihak kepada Negeri Sembilan 3-0.