Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo samai rekod 59 tahun dalam Serie A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristianoronaldo.jpg
Cristiano Ronaldo menjadi hanya pemain keempat menjaringkan sekurang-kurangnya 33 gol Serie A dalam setahun selepas menghasilkan jaringan berganda ketika Juventus menewaskan Parma 4-0 di Stadio Ennio Tardini awal pagi tadi.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan gol dalam setiap separuh masa untuk Juve memperoleh kemenangan yang melonjakkan mereka ke kedudukan dengan jumlah mata yang sama dengan Inter Milan dan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, AC Milan.

Ronaldo menyamai rekod jaringan bekas pemain Juventus, Omar Sivori, yang dilakukan pada 1961, sekali gus berkongsi kedudukan ketiga di belakang Gunnar Nordahl (36 gol pada 1950) dan Felice Borel (41 gol pada 1933).

Dia berpeluang memperbaiki kedudukan itu ketika menentang Fiorentina dalam perlawanan liga terakhir tahun ini minggu depan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video