Cristiano Ronaldo berkata Juventus tidak mempunyai apa-apa yang perlu ditakutkan setelah menang 3-0 ke atas Barcelona.
Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pada setiap separuh masa ketika Lionel Messi meratapi kekalahan Barca -- dengan jurang jaringan yang cukup untuk memastikan Juve menamatkan saingan di puncak Kumpulan G.
Selepas banyak pertembungan di Camp Nou menyarung jersi Real Madrid, pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan saat paling mengagumkan bersama skuad kendalian Andrea Pirlo.
"Sentiasa hebat untuk kembali ke Sepanyol dan Catalunya, sentiasa sukar untuk bermain di Camp Nou, Barca salah satu pasukan yang terbaik yang pernah saya hadapi," kata Ronaldo menerusi Twitter.
"Hari ini kami adalah pasukan berstatus juara! Keluarga kuat dan bersatu!
"Bermain seperti ini, kita tidak perlu takut hingga akhir musim… Mari maju ke hadapan!"

Always great to return to Spain and to Catalunya, always hard to play in Camp Nou against one of the best teams I ever faced. Today we were a team of Champions! A true, strong and united family! Playing like this, we have nothing to fear until the end of the season... Let’s go! pic.twitter.com/PivPpJ3SLh
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 8, 2020