Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo lebih gemar tonton tinju, UFC daripada bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristianoronaldo.jpg
Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, berkata dia lebih memilih untuk menonton perlawanan tinju atau UFC daripada bola sepak.

Ronaldo diiktiraf sebagai pemain terbilang sepanjang zaman susulan kejayaannya bersama Real Madrid, Manchester United, Juve dan Portugal.

Pemenang lima kali Anuguerah Ballon d'Or itu memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Madrid selain memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), tiga trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), juara Euro 2016 selain masing-masing dua gelaran Serie A dan LaLiga.

Tetapi apabila menonton televisyen, Ronaldo mendedahkan bahawa dia lebih minat untuk menyaksikan perlawanan sukan tempur.

"Bermain bola sepak adalah minat saya tetapi saya memilih untuk menonton sukan lain di TV," kata Ronaldo kepada bintang tinju, Gennady Golovkin, dalam satu dokumentari DAZN bertajuk Parallel Worlds.

"Di antara menonton perlawanan bola sepak dan prlawanan tinju atau UFC, saya memilih untuk menonton tinju atau UFC."
 
Ronaldo, yang sebelum ini pernah bertemu petarung UFC, Conor McGregor, menambah: "Ketika saya di Manchester United, seorang jurulatih pernah bertinju dengan saya.

"Saya fikir berlatih tinju amat bagus untuk bola sepak kerana ia menajamkan deria dan anda belajar untuk bergerak."
 

Advertisement

Must Watch Video