Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo kini lebih matang -- Higuain

ronaldohiguain.jpg
Gonzalo Higuain berkata bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, kini lebih matang sejak digandingkan bersama di Real Madrid.

Penyerang Juve, Higuain dan Ronaldo kembali bersatu di Turin selepas gandingan itu memenangi tiga gelaran bersama gergasi LaLiga, Real, sebelum berhijrah ke Napoli pada 2013.

Higuain selepas itu menyertai Juventus pada 201, manakala Ronaldo pula tiba pada musim 2018-19, yang menyaksikan rakan sepasukannya di Real itu berpindah ke AC Milan secara pinjaman dan kemudian ke Chelsea musim lalu.

Higuain dan Ronaldo -– memenangi Scudetto pertama dalam musim pertama -- kembali bergadingan di bawah pimpinan pengurus Juventus, Maurizio Sarri, dan bekas pemain kebangsaan Argentina itu memuji pemenang Ballon d'Or lima kali itu.

"Kami telah bermain bola sepak bersama-sma di Real," kata Higuain.

"Beberapa tahun telah berlalu dan saya telah menemui pemain yang berbeza, seorang yang lebih matang dan berkeluarga.

"Saya menikmati saat beraksi bersama sebelum ini dan teruja kami sekali lagi melakukannya di Itali."

Higuain memiliki kontrak bersama Juve sehingga 2021 dan tidak menolak kemungkinan akan kembali bersama gergasi Argentina, River Plate.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang mula menempa nama ketika di River, hadir menerusi skuad belia pada 2005 dan menjaringkan 15 gol sebelum dilamar ke Santiago Bernabeu oleh Real pada 2007.

"Saya masih lagi memiliki kontrak sehingga 2021," katanya lagi. "Saya tidak pernah menutup sebarang kemungkinan.

"River memiliki jurulatih yang terbaik dan beberapa rakan yang masih beraksi untuk pasukan itu.

"Mereka sentiasa menghormati saya tetapi buat masa ini, tumpuan saya adalah pada bola sepak Itali."
 

Advertisement

Must Watch Video