Cristiano Ronaldo menggesa peminat Real Madrid untuk menghentikan ejekan terhadapnya di Santiago Bernabeu selepas membantu pasukannya membenam Bayern Munich.
Ronaldo merakamkan jaringan hatrik pada awal pagi tadi untuk menambah dua gol sumbangannya dalam pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara, sekaligus membantu Real Madrid mengesahkan kemenangan 4-2 di ibu negara Sepanyol itu untuk mara 6-3 secara agregat.
Sejurus menyumbat gol pertamanya -- tandukan kencang hasil daripada sepakan lintang Casemiro -- Ronaldo meletakkan jari ke bibirnya dan berpaling ke arah tempat duduk penonton.
Kapten Portugal itu menjadi subjek ejekan berikutan persembahan mengecewakan di awal permainan dan dia menggesa penyokong memberikan layanan yang lebih baik terhadapnya.
"Saya hanya meminta mereka agar tidak mengejek saya," katanya kepada Antena 3. "Saya sentiasa memberikan yang terbaik, saya bekerja keras dan saya membantu Real Madrid. Saya tidak menyuruh mereka supaya diam -- tidak pernah.
"Tetapi saya bersikap positif. Pasukan ini dalam keadaan baik, kami bermain dengan baik dan jelas sekali saya gembira dengan gol-gol ini."
Kemenangan Madrid hadir menerusi keputusan kontroversi apabila Arturo Vidal dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua tatkala sedang Bayern mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti Robert Lewandowski dan gol sendiri oleh Sergio Ramos.
Kekecewaan pelawat semakin meningkat apabila Ronaldo didapati ofsaid ketika meletakkan Madrid kembali ke landasan kemenangan dalam masa tambahan.
Ronaldo menolak masuk gol ketiga hasil lorongan Marcelo di mana dia sekali lagi kelihatan ofsaid sebelum Marco Asensio menambah gol keempat untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Begitupun, bekas bintang Manchester United itu -- yang kini menyumbat 100 gol di peringkat Eropah -- menegaskan pasukan yang lebih baik dapat mara.
"Kami sedar jika kami tidak bermain dengan baik, Bayern boleh menjaringkan gol dari mana-mana sudut," katanya. "Mereka menunjukkan bahawa mereka adalah pasukan yang cemerlang tetapi Madrid adalah Madrid.
"Pada separuh masa pertama, kami boleh menjaringkan satu atau dua gol, begitu juga pada babak kedua, namun kami akui Madrid sudah terbiasa bergelut.
"Madrid adalah pasukan lebih baik, tanpa keraguan lagi. Bukan mudah untuk menjaringkan enam gol ketika menentang Bayern dan kami berhak. Kami pemenang yang layak."