ARMENIA 1 ITALI 3
Alessio Romagnoli berasakan sudah bersedia beraksi secara konsisten dan menjadi pengganti Giorgio Chiellini.
Romagnoli digandingkan dengan Leonardo Bonucci di benteng pertahanan Itali semalam selepas skuad kendalian Roberto Mancini itu mengatasi Armenia 3-1 dalam aksi kelayakan Euro 2020.
Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu dibolosi pada permulaan permainan apabila Armenia mendahului menerusi Aleksandre Karapetyan, yang kemudian dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Ketika Chiellini bakal terlepas majoriti musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen lutut, Romagnoli berasakan mampu menjadi pilihan utama Mancini dan menjadi pengganti pertahanan berpengalaman Juve itu.
"Kami sentiasa mahu memperbaiki mutu permainan setiap kali dipanggil beraksi," kata Romagnoli kepada Rai Sport.
"Chiellini merupakan seorang pertahanan yang hebat. Dia banyak membantu saya menghadapi aksi perlawanan antarabangsa dan say, atau sesiapa yang menggantinya, akan berusaha memberikan yang terbaik."
Andrea Belotti menyamakan kedudukan pada minit ke-28 sebelum Itali mendahului saingan menerusi Lorenzo Pellegrini ketika perlawanan berbaki 13 minit.
Jaringan kedua Belotti memastikan tiga mata diraih Itali dan Mancini mengakui skuad bimbingannya masih jauh daripada tahap terbaik.
"Saya tidak pasti sama ada ia merupakan persembahan terburuk kami ataupun sebaliknya. Ia merupakan perlawanan yang sukar kerana perlawanan mudah tidak lagi wujud," kata Mancini kepada Rai Sport.
"Itali bermula dengan kurang baik, dibolosi jaringan tetapi berupaya untuk mengubahnya sebelum tamat separuh masa pertama.
"Kad merah pasukan lawan membantu kami, Armenia memberikan tumpuan kepada bertahan dengan 10 pemain dan tidak memberikan ruang kepada kami."