Penyerang warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, difahamkan sedang berada di Malaysia bersama wakilnya bagi mengadakan perbincangan susulan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membabitkan dirinya.
Pemain America de Cali itu dan enam pemain warisan lain digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas dakwaan pemalsuan dokumen.
"Rodrigo Holgado kini berada di Malaysia bersama wakilnya. Pemain America de Cali itu berangkat selepas dikenakan sekatan FIFA terhadap pasukan kebangsaan dan enam pemain lain.
"Penyerang itu berharap situasi tersebut dapat diselesaikan dengan mengambil kira tempoh 10 hari untuk melakukan rayuan." kata pemilik akaun di laman X yang tular itu.
Terdahulu, dalam laporan terakhir daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkongsikan: "FAM sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada," kata kenyataan itu.
"FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.
"FAM mengambil serius perkara ini. Bagaimanapun, FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah." ujarnya.
Tunjukkan Sokongan Anda

Semangat Harimau Malaya
Kami tetap bersama Harimau Malaya walau apa pun terjadi.
Tunjukkan Sokongan Anda