Skip to main content

Bola Sepak

Pemain America de Cali laung sokongan buat Rodrigo Holgado

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrigo.jpg
Rakan sepasukan Rodrigo Holgado kelab America de Cali, Rafael Carrascal, memberikan sokongan terhadap pemain negara itu berikutan isu hukuman FIFA.

Jumaat lalu menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.

Rodrigo serta enam lagi pemain warisan baharu negara iaitu Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Facundo Garces, Jon Irazabal, Gabriel Palmero dan Hector Hevel dikenakan hukuman oleh FIFA pada 26 September lalu berikutan isu ketidaksahihan warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, Rafael yang merupakan rakan sepasukan Rodrigo dan pemain tengah America de Cali berharap segala kemelut yang dihadapi dapat diselesaikan.

“Saya doakan yang terbaik untuk dia. 

"Saya harap Tuhan mahu dia keluar dari itu, kerana itu tidak diingini sesiapa dan dia boleh melakukan apa yang dia suka, iaitu bermain bola sepak,” kata Rafael Carrascal ketika sidang media perlawanan America de Cali dan Envigado.-MB
 
 

Advertisement

Must Watch Video