Legenda Brazil, Roberto Carlos, mengangkat rakan senegaranya, Marcelo, sebagai pertahanan kiri terbaik sepanjang zaman.
Marcelo akan meninggalkan Real Madrid penghujung bulan ini dan secara tidak langsung menamatkan karier selama 15 tahun di ibu negara Sepanyol itu yang menyaksikan dia muncul pemain Los Blancos yang paling disegani.
Di sebalik peranan terhad pada musim terakhirnya di bawah Carlo Ancelotti, Marcelo sempat menjulang gelaran LaLiga dan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) untuk mengumpul 25 trofi bersama Madrid.
Pemain berusia 34 tahun tersebut dibawa masuk bagi menggantikan Roberto Carlos yang meninggalkan Madrid pada 2007 dan legenda Brazil berkenaan tampil memuji pelapisnya itu.
"Pada pandangan saya, Marcelo merupakan bek kiri terbaik sepanjang zaman. Dia menyedarinya, saya pernah bercakap dengannya banyak kali," kata bekas pemain berusia 49 tahun itu kepada pemberita.
"Memang menyedihkan dia akan meninggalkan Madrid. Kariernya belum berakhirnya. Dia tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak. Dia mempunyai empat atau lima tahun karier lagi.
"Kami dari Madrid sangat berterima kasih kepadanya atas 25 gelaran yang diraihnya. Dia mengatasi saya dengan sangat mudah. Saya melihat dia berkembang di Real Madrid, dia tiba di sana ketika berusia 17 tahun.
"Saya tidak hadir dalam majlis perpisahannya kerana saya tahu saya akan menangis. Ia adalah majlis perpisahannya, saya tahu saya akan menangis kerana saya telah melihat dia membesar dan melihat apa yang dilakukannya.
“Ketika ini terdapat banyak persoalan mengenai siapa yang lebih baik, Roberto Carlos atau Marcelo, tetapi tidak perlu dipertikaikan lagi di antara saya dan Marcelo kerana dia seperti anak saya.
"Saya tahu dia mempunyai kisah hebat bersama Real Madrid. Saya seolah-olah menang disampingnya.
"Saya mendoakan yang terbaik untuknya dan terima kasih banyak atas segala-galanya dan dia akan menjadi idola, satu contoh fenomena."

? THANK YOU, Marcelo.@MarceloM12 | #GraciasMarcelo pic.twitter.com/YTxbN5X4Fa
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) June 13, 2022