LIGA SUPER MSIA
Red Giants pasang hajat besar di Darulmakmur
Ketua pasukan Selangor, Razman Roslan, mengetepikan istilah badi menjelang pertembungan dengan Pahang dalam aksi Liga Super pada Sabtu ini yang mahu disudahkan dengan kelebihan berpihak kepada Gergasi Lembah Klang itu.
Umum mengetahui keistimewaan membabitkan pertembungan di antara Pahang dan Selangor sejak dulu lagi.
Namun, bagi Razman, hal itu bukan keutamaan ketika ini kerana dia memiliki misi lebih besar di Stadium Darulmakmur nanti.
Iklan
Justeru, dia menuntut Red Giants mengabaikan rekod terdahulu ketika bertandang ke Kuantan untuk memberi kejutan kepada anak buah Dollah Salleh.
"Bukan mudah untuk beraksi di (Stadium) Darulmakmur. Saya pernah melalui itu semua dan mereka pasti akan beraksi bermati-matian di sana.
"Jurulatih (P. Maniam) juga mempunyai percaturannya. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk mengikut strategi yang diterapkannya dan insya-Allah kami cuba meraih keputusan terbaik pada malam itu," katanya.
Bekas kapten Tok Gajah itu, bagaimanapun, mengakui Selangor bakal berhadapan kesukaran di kubu lawan nanti.
Begitupun, itu bukan penghalang untuk barisan kendalian Maniam untuk memastikan Selangor tidak pulang dengan tangan kosong.
Must-Watch Video