BOLA SEPAK
Real tampilkan prestasi terbaik -- Zidane
Zinedine Zidane percaya barisan tengah Real Madrid telah menemui semula sentuhan terbaik selepas persembahan yang cemerlang ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Atletico Madrid.
Casemiro, Luka Modric dan Toni Kroos bergandingan dalam saingan LaLiga buat kali ketiga musim ini dan pilihan skuad kendalian Zidane itu membuktikan berkesan.
Real mendahului menerusi tandukan Casemiro sebelum mereka menggandakan jaringan menerusi jaringan sendiri Jan Oblak dalam separuh masa kedua.
Iklan
Zidane kagum dengan persembahan yang dipamerkan Modric dan Kroos, dengan pemenang Piala Dunia itu menyempurnakan 87 daripada 90 hantaran, paling banyak dalam aksi derby LaLiga sejak musim 2005-06.
"Kami menggunakan [Modric dan Kroos] untuk mencari jalan keluar," kata Zidane. "Kami perlu melakukannya.
"Dengan taktikal yang telah digunakan kami berjaya mencari ruang. Pemain tengah hari ini beraksi dengan cemerlang sekali.
"Karim [Benzema], Lucas [Vazquez], turut mengagumkan saya. [Dani] Carvajal, dan kapten pasukan, [Sergio Ramos], [Raphael] Varane. Mereka bermain dengan sempurna."
Kemenangan ke atas Atleti menamatkan minggu yang ekstrem dengan berjaya, selepas menang 1-0 di Sevilla dan 2-0 ke atas Borussia Monchengladbach untuk layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).7 - Zinedine Zidane ?? is unbeaten in his 7 seven LaLiga games against Atlético de Madrid (W3 D4), the best run of any @realmadriden manager in a derby against them since Luis Molowny, 7 games between March 1974 and February 1986 (W5 D2). Master.#RealMadridAtleti #ElDerbi pic.twitter.com/FPrHTTkplA— OptaJose (@OptaJose) December 12, 2020
"Kami berdepan minggu yang sukar sebelum ini dan berjaya menanganinya.
"Tetapi kami tidak meraikan apa-apa kerana belum memenangi apa-apa lagi. Ia adalah minggu yang baik.
"Saya sangat gembira untuk pemain-pemain kerana mereka mempercayai apa yang mereka mampu lakukan."
Must-Watch Video



