Real Madrid mengesahkan telah menandatangan pemain pertahanan Sepanyol, Dean Huijsen, yang akan tiba dari Bournemouth selepas berakhirnya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 dengan klausa pelepasannya yang bernilai £50 juta (RM240 juta).
Huijsen menikmati musim debut yang baik di England selepas tiba daripada Juventus tahun lalu.
Pemain berusia 20 tahun itu telah dicalonkan untuk Anugerah Pemain Muda Terbaik EPL selepas membuat 30 penampilan liga untuk skuad Andoni Iraola musim ini.
Huijsen menandatangani kontrak lima tahun bersama Los Blancos, yang dijangka akan melantik Xabi Alonso sebagai ketua jurulatih baru menjelang Kejohanan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat nanti.
Terdahulu, Huijsen pernah berkongsikan bahawa dia pernah menerima layanan buruk ketika berada di Juventus selain dipaksa mencari kelab lain.
"Adakah Juventus melayani saya dengan teruk? mungkin. Saya dipinjamkan ke Roma dan apabila pulang, saya faham yang mereka mahu menjual saya.
"Kemudian ya, mereka paksa saya. Mereka biarkan saya berlatih berseorangan dan perkara seperti itu. Saya di sana tiga tahun sejak bersama skuad B-17, saya cuma mahu peluang bermain dengan skuad utama." katanya.

? BREAKING: Real Madrid agree all details of deal to sign Dean Huijsen, here we go! ?⭐️
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 16, 2025
Huijsen undergoing medical NOW then set to sign five year deal until 2030, Real Madrid will pay £50m to Bournemouth.
Real see Huijsen as top talent and Xabi Alonso wanted to bring him in. pic.twitter.com/P4K9nK63bN