Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Real Madrid ikat Vinicius Junior hingga 2027

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vinicius-junior.jpg
Penyerang Brazil, Vinicius Junior telah bersetuju untuk memperbaharui kontraknya dengan Real Madrid sehingga musim panas 2027.

Kontrak terdahulu Vinicius yang dijangka tamat pada 2024 telah dilaporkan dengan perjanjian dikemaskini, termasuk klausa pelepasan bernilai €1 bilion (RM5b), yang telah dipersetujui sebelum diumumkan secara rasmi.

Dalam sebuah rakaman di media sosial, Vinicius berkata: "Hello semua peminat-peminat Madrid, saya amat teruja telah memperbaharui kontrak. Ia merupakan impian saya.

 

"Saya harap dapat berkhidmat di sini untuk jangka masa panjang, mencetak jaringan tinggi dan menjulang deretan gelaran. Terima Kasih atas kasih sayang diberikan. Hala Madrid!"

Selepas memulakan karier di Flamengo, bintang Brazil berusia 23 tahun itu berkelana ke Real pada umur 18 tahun dan telah pun membuat 235 penampilan kesebelasan utama, dengan rekod 63 gol.
 

Advertisement

Must Watch Video