Penyandang juara Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid, bakal berdepan seteru setempat, Atletico Madrid, dalam aksi separuh akhir, sekaligus ulangan kepada pertemuan final musim lalu manakala Juventus bakal berdepan wakil Perancis, AS Monaco.
Skuad kendalian Zinedine Zidane menewaskan seteru mereka menerusi penentuan penalti untuk merangkul kejuaraan ke-11 dalam kejohanan elit Eropah itu musim lalu.
Ia adalah kali kedua dalam tempoh tiga musim Madrid berjaya menumbangkan Atleti dalam final, dengan Los Blancos turut menewaskan lawan sama di peringkat suku akhir kejohanan pada musim 2014-15.
Madrid mengatasi Bayern Munich dengan kemenangan agregat 6-3 untuk mara ke separuh akhir selepas aksi suku akhir kedua yang penuh dramatik berlangsung di Santiago Bernabeu.
Atletico mara selepas menyingkirkan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Leicester City.
Aksi pertama bakal berlangsung di Bernabeu sementara separuh akhir kedua akan dimainkan di Stadium Vicente Calderon buat kali terakhir di pentas Eropah sebelum Atleti berhijrah ke venue baru musim depan.
Juventus -- yang kali terakhir muncul juara Liga Juara-Juara pada 1996 -- menewaskan Monaco di peringkat suku akhir bagi musim 2014-15 dalam perjalanan ke final sebelum kecundang di tangan Barcelona.
Anak buah Massimiliano Allegri mencatat kemenangan meyakinkan ke atas juara LaLiga itu dengan agregat 3-0 sementara masih dalam perebutan kejuaraan Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah.
Monaco tampil sebagai pasukan kejutan musim ini apabila berjaya menewaskan Manchester City dalam pusingan 16 sebelum mengatasi Borussia Dortmund di peringkat suku akhir.
Menampilkan barisan pemain muda, skuad kendalian Leonardo Jardim tampak ampuh dengan permainan pantas di samping memiliki jentera serangan berbahaya yang diterajui penyerang sensasi, Kylian Mbappe Lottin.
Pemain berusia 18 tahun itu melakar nama apabila muncul pemain pertama dalam sejarah kejohanan itu untuk meledak gol dalam empat perlawanan peringkat kalah mati dalam penampilan pertamanya.