Skip to main content

Bola Sepak

Rashford, Fernandes jalankan tugas dalam kemenangan United -- Solskjaer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brunofernandesmarcusrashford.jpg
Ole Gunnar Solskjaer memuji daya tumpuan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford selepas dua pemain itu membantu kebangkitan Manchester United ketika menewaskan West Ham 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

United memaparkan aksi kurang bersemangat dalam babak pertama dan ketinggalan 0-1 selepas Tomas Soucek menemui sasaran.

Donny ven de Beek dan Edinson Cavani -- Cavani kerana kecederaan otot --  kemudian dikeluarkan untuk digantikan dengan Fernandes dan Rashford.

Pemain tengah kebangsaan Portugal itu merupakan pencetus kepada jaringan penyamaan jarak jauh Paul Pogba dan mencipta lapan lagi peluang di atas padang manakala aksi penuh bertenaga Rashford turut berhasil memecahkan keampuhan pertahanan The Hammers.

Dia melakukan 12 pecutan dan lambungannya pada minit ke-78 membuahkan hasil untuk meletakkan United berkelebihan dua gol.

"Anda mempunyai tugas untuk bersedia apabila dipanggil. Bruno dan Marcus masuk dan melakukannya dengan baik," kata Solskjaer kepada BBC Sport.

"Dalam separuh masa pertama, kami mempunyai banyak penguasaan tetapi tidak dapat bergerak dengan bola.

"Dalam babak kedua, kami lebih banyak melebarkan permainan dan berlari di belakang mereka. Kualitinya jauh lebih baik dan gol-gol yang tercipta amat luar biasa," katanya.
 
Tidak dapat dinafikan kebangkitan United itu mula menjadi realiti apabila Mason Greenwood meletakkan mereka di depan hasil jaringan EPL pertamanya musim ini.

"Mason seorang penyudah yang hebat. Kami hanya menantikan musimnya untuk bermula.

"Dia semakin cergas. Jaringan pertamanya itu sama kualitinya seperti jaringan Pogba.

"Konsentrasi, kepala dan lutut ke arah bola. Saya amat gembira buatnya," tambahnya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video