Raphinha tidak menolak untuk meninggalkan Leeds United selepas terdapat laporan mengaitkannya dengan perpindahan ke Barcelona.
Pemain sayap Brazil itu mempamerkan aksi luar biasa sejak berpindah ke Elland Road daripada Rennes pada Oktober 2020.
Dia juga merupakan penjaring terbanyak Leeds dengan 11 gol untuk membantu pasukan itu mengelakkan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, termasuk gol penalti penting ketika menewaskan Brentford 2-1 dalam perlawanan terakhir.
Pemain berusia 25 tahun itu memiliki baki kontrak selama dua tahun bersama kelab yorkshire itu tetapi kini sedang hangat dikaitkan untuk menyertai Barca.
Raphinha, yang kini sedang bersama Brazil bagi tugasan antarabangsa, berkata dia gembira andai dapat bermain dengan kerap menjelang Piala Dunia Qatar pada November depan tetapi masih tidak pasti ke mana hala tujunya menjelang penutup jendela perpindahan kali ini.
"Saya memiliki kontrak dengan Leeds sehingga 2024, jadi masa depan saya terletak di tangan mereka.
"Fikiran saya kini hanya untuk pasukan kebangsaan, bagi perlawanan berikutnya dan tempoh rehat saya," katanya.
Raphinha menambah: "Saya masih ada kontrak dengan Leeds dan isu ini perlu dibincangkan dengan ejen saya. Apabila sesuatu berlaku, dia akan memaklumkannya kepada saya.
"Dengan mengetahui hanya ada baki enam bulan sebelum Piala Dunia, anda perlu bermain di peringkat kelab. Ia akan menjadi pertimbangan saya dalam membuat keputusan tetapi saya yakin dengan kemampuan saya.
"Sama ada saya akan kekal atau tidak, saya akan memberikan yang terbaik, mengintai peluang, mencuba dan bersedia untuk ke Piala Dunia," katanya lagi.