Skip to main content

Bola Sepak

Ramuan tidak berhasil, KAFA pecat Sathit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sathit11218.jpg
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan untuk memecat ketua jurulatih, Sathit Bensoh, hari ini selepas The Red Warriors gagal mempamerkan persembahan cemerlang selepas tiga perlawanan.

Keputusan yang dibuat KAFA itu menjadikan Sathit sebagai pengendali pertama yang dipecat dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Selepas tiga perlawanan, Kelantan hanya meraih satu mata dan kini menghuni tangga tercorot Liga Super dan pihak persatuan enggan menyaksikan perkara itu berlarutan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, mengambil keputusan untuk melantik penolong jurulatih, Yusri Che Lah, sebagai jurulatih sementara ketika mereka berusaha mendapatkan pengganti Sathit.

Kelantan akan menerima kunjungan Perak di Stadium Sultan Muhammad IV apabila saingan Liga Super bersambung minggu depan.

Advertisement

Must Watch Video