Sergio Ramos menerima dengan hati terbuka cadangan untuk menjadi presiden Real Madrid pada masa akan datang tetapi dia lebih tertumpu untuk menamatkan karier bersama juara Eropah itu.
Ramos mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama peminatnya dalam laman Twitter bagi meraikan 10 juta pengikut dalam laman sosial dan bek tengah Los Blancos itu menerima pelbagai soalan, semalam.
Ditanya sama ada dia berminat untuk menjadi presiden Madrid satu hari nanti, pemain berusia 31 tahun itu berkata: "Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang tetapi buat masa ini, saya tidak nampak diri saya memegang jawatan itu."
Soalan berkenaan dengan menjadi jurulatih satu hari nanti turut diajukan terhadapnya -- yang masih memiliki kontrak sehingga 2020 -- dan Ramos tidak menafikan dia mungkin berminat untuk terlibat dalam bidang kejurulatihan bersama Madrid.
"Karier saya masih panjang dan tiada keputusan sudah dibuat tetapi ia satu pilihan yang menarik,"' tambahnya.
"Masih ada beberapa musim lagi, saya mahu bersara di Real Madrid, jadi kita tunggu dan lihat!"
Ramos digantung dalam kemenangan besar 6-2 ke atas Deportivo La Coruna kelmarin selepas dibuang padang dalam kekalahan 3-2 berdepan Barcelona minggu lalu.
Pertahanan veteran itu akan kembali dalam aksi berdepan Valencia esok.