Sergio Ramos memberitahu pasukan Sepanyol untuk mempamerkan sentuhan yang lebih klinikal selepas memerlukan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, untuk menafikan percubaan pada penghujung permainan bagi melengkapkan kemenangan 2-1 ke atas Romania dalam saingan kelayakan Euro 2020, awal pagi tadi.
Ramos membuka jaringan menerusi sepakan penalti di Bucharest, melengkapkannya buat kali ke-10 daripada 12 percubaan untuk La Roja, dengan Paco Alcacer menggandakan kelebihan jaringan.
Pemain gantian Romania, Florin Andone, mengurangkan defisit jaringan buat skuad kendalian Cosmin Contra itu sementara Sepanyol terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Diego Llorente dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan George Puscas.
Alcacer muncul wira apabila berjaya menggandakan jaringan untuk meletakkan pasukannya kembali mendahului 2-1.
Arrizabalaga kemudian membuktikan pemilihannya mengatasi David de Gea adalah tepat apabila menidakkan tandukan Puscas bagi memastikan kemenangan kelima Sepanyol daripada lima perlawanan dalam Kumpulan F, sekali gus memberikan kemenangan pertama buat Robert Moreno dalam perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih menggantikan Luis Enrique.
"Kami menyedari ia adalah perlawanan yang merumitkan," kata Ramos.
"Mana-mana pasukan kebangsaan memiliki kualiti tersendiri. Kami telah berjaya bermain dengan cemerlang dalam separuh masa pertama tetapi gagal menampilkan sentuhan penyudah.
"Kami perlu belajar menamatkan perlawanan lebih awal dan mengelak daripada berjuang hingga penghujung permainan, sekali gus menghidupkan harapan kepada pasukan lawan untuk merampas tiga mata."
Ramos dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Deniz Aytekin, ketika meraikan jaringannya, dengan kapten Sepanyol itu melakukan gerak isyarat seperti memakai cermin mata.
"Saya telah bercakap dengan pengadil. Saya mendedikasikan jaringan tersebut kepada anak saudara saya yang memakai cermin mata.
"Saya hanya berniat untuk menjelaskan kepadanya tiada masalah untuk memakai cermin mata. Saya menuju ke arah kamera. Pengadil perlawanan memahaminya dan memohon maaf di atas tindakannya."
Mata penuh yang diraih selepas lima perlawanan membenarkan juara Euro 2012 itu hampir pasti melayakkan diri ke kejohanan itu tahun depan.
Namun, menjelang pertemuan dengan Kepulauan Faroe, Ahad ini, Ramos menasihatkan rakan sepasukan supaya mengekalkan tumpuan sepanjang perlawanan.
"Memenangi perlawanan di tempat lawan dan meledak jaringan membuatkan anda tenang," tambah Ramos.
"Kami belum meraih apa-apa lagi buat masa ini kerana kami mahu menjadi pasukan pertama meraih 30 mata. Ia adalah sasaran kami bagi saingan kelayakan ini."