Skip to main content

Bola Sepak

Ramos, Pique kembali bertikam lidah isu pengadil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramos.jpg
Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos, membidas kembali Gerard Pique kerana mempertikaikan keputusan pengadil dalam pertemuan membabitkan Madrid dan Bayern Munich awal pagi tadi, dengan mengingatkannya mengenai kemenangan Barcelona ke atas Paris Saint-Germain (PSG).

Cristiano Ronaldo mencipta hatrik untuk membantu Madrid menang 4-2 dalam masa tambahan awal pagi tadi untuk mereka mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 6-3.

Namun, dua gol bintang Portugal itu pada masa tambahan didapati ofsaid, manakala Arturo Vidal pula berdepan hukuman berat apabila dibuang padang.

Pique menekankan elemen itu secara ringkas di laman sosialnya, Twitter, tetapi Ramos membalasnya dengan mengingatkan bahawa Barca turut bernasib baik dalam kebangkitan luar biasa mereka  ke atas PSG dalam pertemuan kedua pusingan 16.

"Tidak ada yang baru. Saya tidak terkejut," kata Ramos.

"Dia sepatutnya ingat dan mengenang kembali pertemuan dengan PSG dan melihat semula kalau perlawanan itu adalah mengenai pengadil."

Ramos juga menolak cadangan bahawa Bayern telah dirompak di Madrid meskipun keputusan penting banyak berpihak kepada pasukan tuan rumah.

"Saya menghormati pendapat semua orang tetapi saya tidak tahu apa kecurian yang mereka perkatakan. 

"Ada masanya, pengadil berpihak kepada anda dan sebaliknya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video