Ole Gunnar Solskjaer memuji Scott McTominay sebagai "raksasa fizikal" selepas pemain tengah Manchester United itu mencipta sejarah dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membelasah seteru tradisi, Leeds United, awal pagi tadi.
United mengaibkan Leeds selepas memperoleh kemenangan besar 6-2 di Old Trafford dengan dua gol pertama mereka hadir dalam tempoh tiga minit perlawanan.
McTominay menjaringkan kedua-dua gol itu, yang merupakan jaringan berganda terpantas dalam sejarah kejohanan berkenaan, sebelum turut mempamerkan aksi individu dominan.
Pemain kebangsaan Scotland itu turut membantu jaringan Daniel James menerusi satu daripada tiga peluang yang diciptanya selain turut berlari sejauh 10.8 kilometer -- jarak ketiga tertinggi dalam kalangan pemain United -- selain turut mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya sebanyak lima kali sepanjang perlawanan itu.
Walaupun McTominay terpaksa dipapah keluar dalam waktu kecederaan bagi menjalani rawatan awal kecederaan kelangkang, Solskjaer menjelaskan betapa tenaga yang dimiliki pemain itu selaku nadi pasukannya telah menjadi kunci; Leeds yang beraksi penuh kerajinan hanya berlari 2.6 kilometer lebih jauh berbanding pasukannya.
"Kami sedar mereka mempunyai tenaga tinggi dan momen yang mendebarkan," kata pengurus itu.
"Tetapi pergerakan pemain depan kami dan kekemasan pergerakan mereka membenarkan Scott unruk memperoleh ruang di depannya ketika bola berada di kakinya.
"Dia seorang raksasa fizikal. Dia melakukan semua rutin latihannya, setiap hari tanpa henti. Dia tidak pernah culas.
"Dan dia memperoleh ganjaran daripada latihan kecergasan dan teknikal. Dia sedang meningkat. Ketika ada ruang di depannya, dia boleh berlari.
"Dia boleh melakukan segala-galanya. Dia pernah menjadi penyerang, dia boleh menjaringkan gol. Saya fikir dia telah membuktikannya hari ini bahawa dia juga amat berkesan di dalam kotak penalti.
"Jadi, saya amat gembira dengannya. Tenaga dan maruah dalam perlawanan derby seperti ini amat penting," katanya.
Maka, permulaan pantas itu memastikan United kali ini tidak perlu bangkit mengejar kedudukan seperti dalam setiap perlawanan di gelanggang lawan sebelum ini.
Solskjaer turut menjelaskan mengenai tahap kecergasan dan kemampuan pasukannya untuk bersaing sehingga ke wisel penamat ketika menganalisa perkembangan pasukan itu selepas dua tahun.
Kemenangan ke atas Leeds itu muncul sehari selepas ulang tahun kedua Solskjaer sebagai pengurus di Old Trafford.
"Sudah pasti, ia lebih mudah untuk duduk di sini hari ini dan berkata bahawa saya melihat lebih banyak perkara yang saya suka dalam pasukan Man United. Saya fikir saya menikmati dua tahun ini.
"Saya amat gembira hari ini kerana saya fikir kami dapat menyaingi tahap kecergasan mereka, di mana ia salah satu perkara besar buat saya.
"Sebagai pemain bola sepak, anda perlu sentiasa cergas. Lebih cergas diri anda, lebih banyak yang anda boleh lakukan.
"Itu merupakan salah satu perkara utama apabila saya tiba di sini. Saya mahukan pasukan yang cergas dan berperwatakan sehingga ke penghujung permainan. Saya fikir kami telah membuktikannya sejak kebelakangan ini.
"Dan sudah pasti terdapat beberapa perincian yang perlu diperbaiki dan kami akan terus meningkat," katanya lagi.

We have four: Man of the Match ?
— Manchester United (@ManUtd) December 20, 2020
Massive shoutout to Scott for a ???? performance ?
? #MUFC
#️⃣ #MUNLEE
? #PL https://t.co/PMwsyjzngN pic.twitter.com/fBEmtUsXdH