Skip to main content

Bola Sepak

Raickovic tekad kembalikan keceriaan penyokong Sarawak

milos-raickovic.jpg
Pemain import terbaru Sarawak, Milos Raickovic, bertekad mahu menghadirkan keceriaan kepada penyokong setia negeri itu yang melalui prestasi tidak menentu sehingga pertengahan musim ini.

Ini kali pertama dalam karier Raickovic , dia memilih untuk keluar dari negaranya bagi melebarkan karier.

Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana di negeri itu, dia optimis telah membuat pilihan tepat berhijrah ke Malaysia.

Bersama Sarawak, dia sudah ada sasaran tersendiri kerana memahami harapan tinggi yang diletakkan penyokong terhadap dirinya.

"Saya melihat daripada internet, televisyen dan surat khabar bahawa kami memiliki barisan penyokong yang bagus.

"Saya sedar kedudukan kami tidak beberapa baik tetapi saya yakin kami mampu bangkit dan paling penting mengharapkan stadium akan dibanjiri penyokong kami," katanya.

Dalam pada itu, Raickovic menjelaskan sudah banyak mendapat maklumat mengenai pasukan itu menerusi seorang lagi penyerang import, Mateo Roskam.

Menurutnya, Sarawak ada kualiti tersendiri, terutama barisan pemain tempatan yang berbakat.

"Saya banyak menghubungi Mateo, jadi saya tahu kami memiliki pasukan yang berkualiti, terutama barisan pemain muda," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video