Tanpa menyebut mengenai persaraan, penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, menafikan berhenti bermain bola sepak adalah satu pilihan selepas dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Ibrahimovic memerlukan pembedahan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut semasa meraih kemenangan ke atas Anderlecht dalam suku akhir Liga Europa, Khamis lalu.
Tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk penyerang itu kembali tetapi pada usianya -- 36 tahun pada Oktober -- dan dengan kontraknya akan tamat pada akhir musim ini, khabar angin mengenai persaraan muncul.
Bagaimanapun, bintang Sweden itu dan penjaring terbanyak United musim ini menggunakan media sosial untuk meyakinkan peminat bahawa dia akan kembali kuat.
"Pertama sekali, terima kasih di atas segala sokongan dan kemesraan," tulis Ibrahimovic disertakan gambar kakinya selepas United menewaskan Burnley 2-0 dalam ketiadaannya, semalam.
"Saya mengalami kecederaan bukan berita, jadi saya akan keluar daripada bola sepak untuk seketika.
"Saya akan melalui segala-galanya seperti ini dan kembali lebih kuat. Setakat ini saya bermain dengan satu kaki, maka tidak sepatutnya ada apa-apa masalah.
"Satu perkara yang pasti, saya akan membuat keputusan apabila tiba masanya untuk berhenti. Berputus asa bukan satu pilihan. Jumpa tidak lama lagi."
Ibrahimovic cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris sebelum mengalami kecederaan, dengan menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan sejak tiba pada Julai lalu, selepas kontraknya dengan Paris Saint-Germain tamat.