Ketua jurulatih Felcra FC, Tarcisio Pugliese, tidak panik dengan kedudukan pasukannya bagi memastikan slot ke Liga Super musim depan walaupun tewas 2-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan misi wajib menang dalam dua perlawanan terakhir.
Walaupun tewas, Felcra boleh tarik nafas lega apabila pesaing rapat, PDRM dan Sabah, gagal merapatkan jurang kedudukan liga setelah tewas dan hanya seri dengan lawan masing-masing.
Justeru, peluang terbaik Felca adalah dengan memenangi sekurang-kurangnya satu perlawanan lagi untuk selesa di tangga kedua liga, seterusnya layak ke Liga Super buat julung kali musim depan.
Apa yang pasti, Pugliese enggan melihat kesilapan sama berulang apabila gagal mengekalkan momentum perlawanan yang membawa kepada kekalahan selain aspek serangan yang masih tumpul.
"Kami bermain baik dalam separuh masa kedua. Pemain-pemain perlu lebih tenang kerana agak gementar pada awal permainan," kata Pugliese.
Pengendali JDT II, Benjamin Mora, ternyata puas apabila mampu meleburkan rekod tanpa kalah Felcra di laman sendiri dengan menganggap kemenangan ini turut bermakna sempena pemergian mendiang bapanya pada tarikh yang sama, tahun lalu.
"Kami telah menampilkan aksi terbaik bagi memastikan pasukan tidak tersingkir. Ini merupakan kemenangan yang istimewa buat saya kerana pada tarikh yang sama, bapa saya meninggal dunia," kata Mora.