Skip to main content

Bola Sepak

PSG bekukan baki gaji RM376.94j Kylian Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Pasukan undang-undang yang mewakili Kylian Mbappe sedang merencana langkah agresif untuk menyelesaikan pertikaian yang menyelubungi tuntutan gaji tidak dibayar sebanyak €55 juta (RM376.94j) daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Pakar undang-undang, Thomas Clay, berkata Mbappe telah diberi kuasa untuk mendapatkan wang itu yang telah dibekukan daripada akaun bank PSG sejak semalam dengan perbicaraan dijadualkan berlangsung pada 26 Mei depan. 

"Kisah ini telah berlanjutan lebih setahun. Setahun adalah tempoh akhir yang kami tetapkan untuk diri kami sendiri dalam usaha menyelesaikan pertikaian ini sedamai mungkin," kata peguam utamanya, Delphine Verheyden.

"Beberapa bulan berlalu, Kylian Mbappé masih belum dibayar €55j. Keputusan telah dibuat, kali ini kami akan meneruskan serangan."

Verheyden cuba menyenaraikan entiti berkuasa dalam usahanya menuntut gaji tertunggak itu termasuk melibatkan Menteri Sukan Perancis dan Konfederasi Bola Sepak Eropah (UEFA). 



Malah, Verheyden memberi bayangan PSG berdepan kehilangan lesen untuk bermain dalam Liga Juara-Juara (UCL), trofi yang amat didambakan mereka. 

Baru-baru ini, Suruhanjaya Rayuan Liga Perancis mengekalkan keputusan mengarahkan kelab itu agar membayar tunggakan gaji Mbappe yang merupakan bonus kesetiaannya, 

Penyerang itu menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas lalu selepas menyumbangkan 256 gol buat kelab gergasi Paris itu selama tujuh musim. 

PSG sebaliknya berhujah bahawa mereka telah mencapaian perjanjian lisan untuk pemain terbabit melepaskan bonus itu.

Mbappe dan ibunya juga telah memfailkan saman berhubung penderaan dalam talian yang terpaksa ditanggung mereka selepas pemain itu mendedahkan bahawa dia akan angkat kaki dari kelab itu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video