Skip to main content

Bola Sepak

Presiden Barcelona disiasat isu rasuah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
Presiden Barcelona, Joan Laporta, sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan pembayaran kepada bekas pegawai pengadil, menurut laporan media Sepanyol.

Siasatan dakwaan rasuah itu dilaporkan membabitkan penggal pertama Laporta menerajui kelab Catulanya berkenaan dari 2003-10.

Mac lalu, pendakwa raya Sepanyol telah memfailkan aduan berikutan laporan bahawa Barcelona telah membayar lebih daripada £6.2 juta (RM35.8j) kepada syarikat yang dimiliki oleh bekas naib presiden jawatankuasa pengadil FA Sepanyol, Jose Maria Enriquez Negreira, di antara 2001 dan 2018.

Tumpuan awal kes itu adalah pembayaran yang dibuat di antara 2014 dan 2018 membabitkan dua lagi presiden terdahulu iaitu Sandro Rosell dan Jose Maria Bartomeu.




Menurut laporan itu, siasatan itu memasuki musim 2008, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan di bawah statut pengehadan jawatan presiden selama 15 tahun.

Kelab itu pernah menafikan salah laku samil menyatakan bahawa mereka telah membayar perunding luar untuk laporan teknikal berkaitan dengan pengadil profesional dan menjelaskan ia adalah satu amalan biasa dalam bidang ini. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video